
Pemain Baru JDT 2017: Nazmi Faiz Mansor
Pemain baru JDT 2017, Nazmi Faiz Mansor merupakan pemain pertama yang dibeli untuk musim 2017. Dia ini akan dihantar bermain di Jepun seperti yang diberitahu oleh TMJ. Namun sehingga hari ini, masih tiada maklumat mengenai kelab Jepun tersebut.
Nazmi Faiz Mansor sudah memulakan sesi latihan JDT sejak hari pertama lagi. Jika anda peminat bolasepak, anda pasti tahu sikap Nazmi sejak zaman Harimau Muda lagi. Dia terkenal dengan sikap panas baran di dalam padang dan juga gol-gol ‘screamer’.
Biodata Nazmi Faiz Mansor
Nama penuh: Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor
Tarikh lahir: 16 August 1994
Umur: 22 tahun
Kerjaya professional:
2011-2012 Harimau Muda B
2012 Harimau Muda A
2012-2013 S.C. Beira-Mar
2013-2014 PKNS FC
2014-2016 Selangor FA
Kami sebagai penyokong JDT agar Nazmi dapat memajukan diri bila diberi peluang bermain di Jepun. Buangkan sikap panas baran tuh. Jadilah macam Alex. hehe.
Video menarik mengenai Nazmi Faiz Mansor, pemain baru JDT 2017.
Baca juga: Piala Sumbangsih 2017 Menjadi Perlawanan Pertama JDT