Air Lemon Cengkih Memang Berkesan Untuk Rawat Batuk

Ternyata Minum Air Lemon Cengkih Memang Berkesan Untuk Rawat Batuk, Selesema & Migrain

Umum mengetahui, air lemon cengkih mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan antaranya adalah melegakan batuk dan selesema.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri membuat air lemon cengkih di rumah, di bawah ini penulis kongsikan cara-caranya. InsyaAllah berkesan untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain berkurangan. Jom cuba.

CARA BUAT AIR LEMON CENGKIH UNTUK BATUK & SELESEMA

Dah 3 hari saya demam dengan batuk selesema teruk. Tidur malam dengan sakit dadanya, kepala rasa nak pecah dan bila berdiri pula rasa bergoyang-goyang pandangan.

Ubat demam biasanya akan jadi pilihan terakhir jika rawatan awal tak jalan. Kalau anak-anak demam, saya lebih memilih untuk bagi mereka minum air barli atau lemon untuk redakan suhu badan.

Disebabkan hari pertama saya diserang migrain yang teruk dan demam panas, saya pun buatlah remedi dari dapur iaitu air lemon cengkih. Nak buat remedi ini mudah sangat.

Bahan-bahan:

  • 1 biji lemon
  • 10-15 kuntum bunga cengkih
  • Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)

Cara buat:

1. Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sampai air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air).

2. Tutup api dan periuk. Biarkan sampai air jadi suam-suam panas.

Cara minum:

– Tuang air lemon ke dalam cawan. Tambahkan sedikit madu asli. Minum macam biasa pada bila-bila masa. Tak ada pantang larang apa-apa ya.

Tak lama lepas minum, sakit kepala makin lega, panas badan makin surut dan dada yang sebelum ini sakit sedikit lapang dah.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mastura Rashid

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: