Piala Malaysia 2017: Johor DT 5 Terengganu 0, Sah Ke Suku Akhir Hanya Penentuan Juara Kumpulan
Perlawanan malam ni pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan kunjungan pasukan Terengganu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin untuk perlawanan kelima peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Untuk perlawanan kali ini, Ulissess Morais menurunkan ‘second string’ untuk meneruskan misi Piala Malaysia. Pemain-pemain utama saperti Safiq Rahim, Gabriel Guerra, Mohammad Ghadar dan Natxo Insa hanya diletakkan dibangku simpanan.
Seperti kebiasaannya Ulisess Morais mempertaruhkan formasi 4-3-3. Kali ini nadi JDT dibahagian tengah dikemudi Nazmi Faiz, Amirulhadi dan Afiq Fazail. Hazwan Bakri pula diletakkan selaku penyerang utama sambil dibantu Azammuddin Akil dan Safawi Rasid di bahagian kanan dan kiri.
[AdSense-B]Bagi Irfan Bakti pula, beliau juga banyak merehatkan pemain-pemain utama pada perlawanan ini. Faiz Nasir dan Tcheche Hermann hanya di senaraikan di bangku simpanan. Tampil dengan formasi 4-3-3, Terengganu menaruh harapan untuk mengekan barisan pemain JDT.
SEPARUH MASA PERTAMA
Perlawanan bermula dengan pasukan Terengganu Berjaya melakukan asakan awal ke kubu JDT. Muhd Amirul Syahmi berjaya melakukan percubaan dalam kotak penalti pada minit ke-4. Walaubagaimanapun percubaan tersebut gagal membolosi gawang JDT.
JDT yang tersentak dengan serangan tersebut mula mengatur serangan. Pada minit ke-10, Hazwan Bakri yang menerima hantaran jauh daripada Nazmi Faiz Berjaya melakukan percubaan namun diselamatkan Muhd Syazwan Yusoff. Seminit kemudian Azammudin dijatuhkan dan pengadil memberi sepakan percuma buat pasukan JDT. Sepakan yang diambil Nazmi tersasar.
JDT terus menggandakan serangan sehingga pada minit ke-16, Safawi Rashid dijatuhkan di sebelah kanan pasukan Terengganu. Nazmi mengambil sepakan tersebut membuat hantaran pendek kepada Azammuddin namun beliau dijatuhkan dalam kotak penalti.
Pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalty buat pasukan JDT. Safawi Rashid terus mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-18.
Terengganu yang cuba bangkit melakukan serangan balas. Pada minit ke-20, Terengganu memperolehi sepakan percuma namun sepakan yang di ambil Gabriel Davis Dos Santos terus ke dakapan Izham Tarmizi.
JDT terus merancang serangan demi serangan ke kubu Terengganu. Gerakan-gerakan JDT banyak dijana dar sebelah kanan melalui S. Kunalan dan Azamuddin Akil. Azamuddin Akil mempunyai peluang pada minit ke-29 namun pecubaannya dari ‘half space’ terus ke dakapan penjaga gol Terengganu.
[AdSense-B]JDT menggunakan ’high defensive line’ bagi terus menekan pasukan Terengganu. JDT memperolehi sepakan penjuru pada minit ke-37 selepas sepakan Amirulhadi terbias pemain pertahan Terengganu. Sepakan penjuru yang diambil Safawi Rashid ditanduk kemas Fadhli Shas pada minit ke-38 untuk gol kedua JDT.
Terengganu sekali lagi cuba bangkit melalui percubaan Abdul Latiff Suhaimi namun percubaannya mudah diselamatkan Izham Tarmizi. Kealpaan pertahanan Terengganu terus dihukum JDT di penghujung separuh masa pertama. Kali ini giliran S. Kunalan yang membuat larian masuk dari sebelah kanan merembat dari ‘half space’ menuju ke sebelah kiri gol untuk gol ketiga JDT.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kelebihan 3 gol buat JDT.
SEPARUH MASA KEDUA
Bermula separuh masa kedua, Terengganu melakukan pertukaran pemain yang pertama. Irfan Bakti mengeluarkan Mohd Hazeman dan digantikan oleh Mohd Faiz Nasir untuk menguatkan bahagian serangan.
[AdSense-B]JDT tidak menunggu lama untuk terus menghukum pasukan Terengganu. Pada minit ke-49, Hazwan Bakri yang menerima lorongan Safawi Rashid mudah menewaskan Muhd Syazwan untuk gol ke-4 JDT.
Terengganu melakukan dua pertukaran pemain pada minit ke-51 dan 55 dengan mengeluarkan Adam Othman dan Muhd Hafizal digantikan oleh Adib Aizudin dan Hasrullah Hanif bagi menampung kelemahan. Walaubagaimanapun pertukaran dua pemain tersebut gagal memberi impak buat pasukan Terengganu.
JDT turut melakukan dua pertukaran pada minit ke-62 dengan memasukkan Natxo Insa dan Gabriel Guerra bagi menggantikan Safawi Rashid dan Amirulhadi. Guerra yang baru masuk tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan pada minit ke-71. Walaubagaimanapun percubaan tersebut berjaya ditampan keluar pemain Terengganu untuk sepakan penjuru.
Fadhli Shas sekali lagi cuba menyempurnakan ‘set piece’ melalui sepakan penjuru, namun tandukan kencangnya tepat kea rah penjaga gawang. JDT terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang Terengganu. Afiq Fazail yang mempunyai ruang pada minit ke-74 melakukan rembatan namun terlalu tinggi.
[AdSense-B]JDT melakukan pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Azamuddin dan digantikan oleh Darren Lok. Darren yang baru masuk terus menjaringkan gol hasil hantaran Guerra dari sebelah kiri dan ditanduk kemas Darren pada minit ke- 79 untuk gol ke-5 JDT.
Perlawanan berakhir dengan JDT menang 5-0 keatas Terengganu. Kemenangan tersebut menjadikan JDT memperolehi 10 mata dalam kumpulan D dan seterusnya mengiringi selangor ke suku akhir Piala Malaysia 2017. Namun penentuan juara kumpulan akan ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan.
Baca juga: Marcos Antonio: Dalam Kenangan Kisah Terindah