Resepi Milo Crepe Paling Mudah, Inti Banyak Gemuk-Gemuk. Memang Puas Hati Makan!
Bosan kalau asyik hidang kek coklat untuk anak dan tiada menu baharu. Apa kata tukar angin hidangkan Milo crepe coklat seperti perkongsian Puan Azlina Ina. Resepi Milo crepe ini mudah sahaja dan memang puas hati kalau buat sendiri kerana intinya banyak berbanding beli di luar.
Ikuti perkongsian lengkap resepi di bawah. Anak-anak mesti minta hari-hari.
RESEPI MILO CREPE MUDAH, SEDAP DAN GEMUK
Bahan-bahan kulit crepe
- 100gm tepung gandum
- 100gm tepung ubi
- 50gm tepung jagung
- 3 biji telur saiz B/2 biji gred A@AA
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 sudu besar gula halus
- 180ml susu segar
- 220ml air
- Garam sedikit
- 1 sudu besar emolco coklat
- Sedikit esen creamy vanila
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam besen dan sebatikan dengan whisk kemudian tapis.
2. Adunan kalau ikut sukatan akan dapat tak pekat dan tak cair.
3. Ambil sesenduk kecil tuang dalam kuali non-stick sambil layangkan dan buang lebihan bancuhan.
4. Hati-hati panas pastikan api jauh dari pemegang.
5. Kuali nonstick pakai yang nonstick marble cantik saiz 18 19 atau 20 untuk saiz yang cantik.
6. Masak hingga kering, tak perlu terbalikkan adunan dalam kuali kemudian tebalikkan pan dia akan jatuh.
Cara buat filling fresh cream
- Cream cheese Tatura 500gm
- Susu pekat 1/2 (setengah cawan)
– Campurkan semua sehingga sebati.
– Mix Vivo fresh cream sehingga kental dan campurkan dengan fresh cream yang sudah dibuat tadi.
Cara penyediaan:
– Masukkan filling dalam piping beg.
– Bentang crepe dan letak filling Nutella
– Taburkan sedikit serbuk Milo dan letak lagi filling Nutella.
– Letakkan cream dan lipat crepe anda.
Siap! Puas hati makan.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Azlina Ina