Resepi Roti Canai Homemade

Resepi Roti Canai Homemade, Nak Frozen Pun Boleh!

Bila dah ada di rumah, mesti perut pun asyik lapar sahaja. Khususnya pada waktu pagi, pasti anak-anak akan cari menu sarapan apa yang tersedia di bawah tudung saji bukan? Untuk anda yang merupakan peminat roti canai, apa kata anda cuba buat roti canai secara homemade dan tak payah pesan di kedai luar. Bila buat sendiri, lebih puas dan boleh makan banyak kali!

Jom kita tengok perkongsian resepi roti canai homemade yang viral di laman Facebook ini.

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE

1 kg tepung gandum

1 sd bsr gula

1 sd bsr garam

2 sd bsr susu pekat

1 sd bsr marjerin

1 bj telur

2 cwn air..

CARA-CARA BUAT ROTI CANAI

1.Masukkan semua susu+gula+garam+telur ke dalam air .. kacau hingga larut…

2.Letak tepung ..planta..uli…

3.Uli jadi doh dan rehatkan selama 10 minit (kalau nak terus uli pun suka hati)

4.Uli lagi doh dan rehat sekejap, uli lagi sampai doh licin, elastik (kenyal). Kalau doh lembik… tabur tepung. Kalau doh nampak keras renjis air sikit-sikit, sampai doh nampak lembut.

5.Bulat-bulatkan doh… sapu marjerin, letak dalam bekas

6.Setelah siap..tuangkan sdikit minyak ke atas doh tadi

7.Perap…4 jam ke atas. Lagi lama lagi lembut. Kalau guna BM (bread maker).. boh cecair dulu.. lpas tu boh tepung… guna mood knead…3…4 kali sampai doh elastik ( kenyal)

*Nampak sedap kan?

Sumber: Tg Khuzanika

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: