Saya Tak Nak Hidup Gila-Gila, Nanti Mati Allah Akan Tanya Segalanya
Nama Khabib Nurmagomedov semakin popular selepas kemenangannya ke atas Conor McGregor pada Oktober 2018 yang lalu. Selain ketangkasan dan kecekapannya beraksi di atas gelanggang, imej Khabib sebagai seorang Muslim yang warak, bersih dan merendah diri telah menyebabkan jutaan peminat menghormati dan menjadikannya sebagai idola.
Walaupun telah menjadi ‘superstar’, tidak ramai yang mengetahui tentang kehidupan peribadi Khabib. Menariknya tiada apa yang istimewa tentang aktiviti seharian Khabib ketika tiada sebarang perlawanan atau latihan. Beliau hanya meluangkan masa bersama isteri, anak dan ibu bapanya di sebuah apartment di Russia di samping tidak melupakan ibadah dan juga mendengar muzik Rusia.
Selaku seorang Muslim, Khabib telah memberikan nasihat yang cukup bermakna dan jitu buat para peminatnya di luar sana. Menurut beliau, dia harus menjadi idola yang baik buat remaja Muslim di luar sana dan tidak menunjukkan contoh yang boleh memalukan agama Islam. Kata Khabib:-
Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna. Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup. Saya lihat Nate Diaz menghisap ganja dalam TV. Saya tak mahu anak-anak saya hisap ganja.
Ada sebab kenapa kita ada di sini. Saya tak hisap rokok dan minum. Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim. Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?
Saya tak nak hidup gila-gila. Saya percaya apabila meninggal, Allah akan tanya segala perbuatan saya
Memang ternyata Khabib bukan sahaja hebat sebagai seorang pejuang di gelanggang, malah begitu hebat sahsiah dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sikap merendah diri dan sentiasa mengingati mati ini haruslah kita semua contohi, tanpa mengira pangkat, bangsa dan usia. Terima kasih Khabib atas nasihat yang berguna ini. Semoga terus maju jaya.