Skuad JDT 2018 wajar dipersiapkan dari sekarang berdasarkan 2 perkara ini
Kami berpendapat, sudah sampai masanya untuk mempersiapkan skuad JDT 2018. Baki perlawanan domestik musim ini boleh digunakan untuk membina pasukan musim 2018 dengan pemain dan taktikal yang berkesan. Kami harap jendela perpindahan kedua musim ini digunakan sebaik mungkin dan jika boleh tiada pembelian pada awal musim depan.
1- Memenuhi syarat feeder club
Satu syarat yang perlu dipenuhi mulai musim 2018 adalah JDT perlu mengunakan 4 pemain bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama untuk setiap perlawanan. Dari kenyataan ini, perkataan “setiap perlawanan” bagi kami bermaksud semua perlawanan dalam negara iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Berdasarkan jadual musim ini, kebanyakan perlawanan Piala FA dan Liga Super akan berlangsung dalam minggu yang sama. Boleh jadi mereka akan bermain tiga perlawanan dalam satu minggu. Jadinya, mereka juga terdedah kepada keletihan dan juga kecederaan. Mereka perlu di beri perhatian yang serius kerana faktor umurnya.
Adakah 4 pemain sahaja cukup untuk memenuhi syarat ini? Sudah pasti kita perlukan lebih 4 pemain. Kami jangkakan, JDT memerlukan dalam 10 pemain dan melalukan pengiliran pemain. Untuk memastikan mereka bersedia untuk menghadapi musim 2018, mereka perlu dipersiapkan dari sekarang.
Mereka perlu diberi minit perlawanan yang mencukupi untuk bermain di level yang tertinggi. Mereka perlu serasi bermain bersama dengan rakan sepasukan dan memahami taktikal yang diberikan oleh jurulatih. Mereka juga memerlukan masa untuk memahami falsafah yang ingin diterapkan.
Memberi peluang mereka bermain adalah cara yang paling terbaik untuk mereka belajar dan menjadi kuat dari satu perlawan ke satu perlawanan. Untuk rekod pada masa ini, JDT hanya mempunyai 3 orang pemain muda yang dapat mengikut syarat feeeder club iaitu Dominic Tan, Haziq Nazli dan Safawi Rashid.
2- Memenuhi impian bermain di Piala ACL
Jika hendak ditukar coach, sila tukarkan sekarang. Jika mahu tukar juga pemain import, lakukan sekarang. Dengan ini, mereka masih mempunyai 6 bulan untuk serasi bermain bersama dengan taktikal yang baru ataupun yang lebih berkesan.
Pemain yang baru sertai JDT juga akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal coach dan corak permainan rakan-rakan dan juga corak permain dalam Liga Malaysia. Masa 6 bulan adalah cukup untuk melakukan semua ini dengan syarat semua pemain perlu mendapatkan minit permainan yang sama rata.
Menerusi artikel ini, Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan slot automatik untuk Piala ACL 2019 dan 2020. Jika benar itu berlaku, Juara Liga Super 2018 akan dapat bermain di piala ACL 2019 dan menjadi pasukan pertama yang bermain di Piala ACL.
Inilah impian pihak pengurusan JDT selama ini kan? Kami juga jangkakan, menjelang tahun depan, ramai pasukan akan berusaha mendapatkan lesen AFC. Atau kita mahu lihat pasukan lain yang jadi pasukan pertama bermain di Piala ACL?
Baca juga: Piala ACL: Kemenangan 3 pasukan ini boleh memberikan Malaysia slot automatik seawal bulan depan