Tiada Tawaran Dari Johor DT – Charyl Chappuis
Pemain tengah Thailand, Charyl Chappuis telah menafikan berita yang mengaitkannya dengan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2018.
Laporan media di Thailand menyatakan bahawa JDT berminat untuk membida bintang Muang Thong United yang dilahirkan di Switzerland dalam usaha mereka untuk memenangi gelaran kelima liga berturut-turut dan berjaya ke peringkat kumpulan Liga Juara AFC (Piala ACL).
[AdSense-B]Tetapi Chappuis mendakwa tidak tahu menahu mengenai tawaran tersebut apabila dia berbicara dengan ESPN FC. Chappuis baru sahaja menyertai Muang Thong pada bulan Jun tahun ini.
Chappuis, yang juga bermain untuk Buriram United dan Suphanburi dalam Liga Thai (T1), sudah tentu dikenali oleh penyokong Malaysia setelah menjaringkan dua gol ketika menentang Malaysia pada final Piala Suzuki AFF 2014.
Bekas pemain muda Switzerland itu terpaksa berehat hampir 18 bulan disebabkan kecederaan lutut selepas perlawanan final tersebut tetapi sekarang ini telah pulih dan menjadi pemain utama bersama juara 2016, Thailand.
[AdSense-B]Permainannya semakin meningkat sejak pulih dari kecederaan dan kini menjadi pemain tengah yang lebih bawah, berbanding sebagai pemain tengah menyerang yang banyak dapat dilihat pada tahun 2014. Semua hantaran dan sepakan bola mati pasti menjadi aset kepada JDT sekiranya perpindahan ini berlaku.
Sumber: ESPN FC | Foto: bola.com