Sering Pening Kerana Tekanan Darah Rendah? Ini Cara Mengawalnya
Darah tinggi adalah antara penyakit yang sangat membimbangkan bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana negara. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan buah pinggang.
Tapi, pernahkah anda dengar penyakit tekanan darah rendah? Bagaimana pula dengan simptom tekanan darah rendah atau hypotension? Adakah ia bahaya seperti darah tinggi?
Tekanan darah rendah biasanya terjadi apabila pengaliran darah tidak sampai ke otak dan organ penting dalam badan.
Lalu, terjadilah simptom seperti:
- Pitam / pening yang kerap
- Tidak stabil
- Pengsan
- Penglihatan kabur
- Jantung berdegup laju
- Mudah terkeliru
- Rasa mual
- tekanan darah rendah
- Rasa mual, pening, loya, dan pitam adalah tanda-tanda tekanan darah rendah
Apabila terjadi simptom di atas, jangan panik!
Hentikan aktiviti yang sedang dilakukan, duduk atau baring dan minum air.
Rehatkan diri sehingga keadaan kembali normal. Jika masih sama, anda perlu rujuk di klinik atau hospital berhampiran.
Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
Bagi mereka yang menghidap penyakit ini disarankan agar:
1. Bangun perlahan-lahan
Terutamanya apabila bangun dari tidur setiap pagi. Buat senaman ringan dahulu seperti stretching agar pengaliran darah berjalan dengan sempurna. Kemudian, baru bangun perlahan-lahan dan bergerak aktif.
2. Elak berdiri terlalu lama
Untuk elakkan terjadinya cramp yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak sekata dalam badan. Berehatlah seketika apabila anda mula rasa tidak selesa. Gerakkan jemari kaki dan tangan supaya anda dapat melancarkan pengaliran darah.
3. Pakai stokin ‘compression’
Sesuai dengan namanya, stokin elastik ini memberi tekanan pada kaki dan perut sekali gus melancarkan pengaliran darah dan menaikkan tekanan darah.
4. Elak minum kopi pada waktu malam
Minum kopi pada waktu malam boleh menyebabkan dehidrasi, salah satu penyebab tekanan darah rendah.
5. Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap
Ini untuk mengelakkan postprandial hypotension, iaitu tekanan rendah yang biasanya terjadi selepas makan. Elak berjalan selepas makan. Selain itu, banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan serta elakkan makanan berminyak.
Tidak seperti darah tinggi, tekanan darah rendah hanya perlu dirawat apabila kerap terjadinya simptom- simptom di atas. Namun tidak bermakna anda perlu pandang ringan pada gaya hidup anda.
Ubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada mendapatkan rawatan.