Tips Ajar Anak Petah Dwibahasa

Tips Ajar Anak Petah Dwibahasa Macam Anak Hanis Zalikha

Bila anak-anak sudah mencapai umur setahun dan keatas, antara kebolehan baharu yang boleh dilihat dalam kalangan mereka adalah kebolehan untuk bercakap. Jadi, fasa inilah yang paling penting untuk melatih mereka menyebut perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, kalau boleh mestilah ibu bapa mahu anak petah bertutur dalam bahasa selain Bahasa Malaysia seperti Bahasa Inggeris sejak dari kecil macam anak-anak Hanis Zalikha bukan? Jadi, ini antara beberapa strategi yang anda boleh gunakan untuk melatih anak bijak dwibahasa sebelum usia 12 tahun.

MACAM MANA NAK AJAR ANAK PETAH DWIBAHASA?

Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia. Petah dan comel berkeletah. Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!

Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan. Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik. Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI? Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak, TAK, KALAU :

1. Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun

2. Dapat ransangan bahasa sebanyak 11 juta patah perkataan setahun (melalui pelbagai sumber) untuk satu bahasa. Ini untuk dapatkan tahap petahlah!

3. Strategi yang betul. Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.

KENAPA UMUR 0-12 TAHUN?

Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif. Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa. WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat. BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.

Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik. Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik.
Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.

Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu. Allahu. Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.

STRATEGI NAK ANAK PETAH DWIBAHASA

1. STRATEGI OPOL

OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.

2. ML@H

Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara. Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti. Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.

3. T&P (TIME & PLACE)

Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’. Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.

Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber. Selamat mencuba!

Sumber: Hanis Zalikha, Wawa Shauqi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: