TMJ Cetus Resah Penyokong JDT
Kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meluahkan untuk meninggalkan segala-galanya berkaitan bola sepak jika Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mencapai peningkatan seperti yang diharapkan mencetuskan resah dalam kalangan penyokong skuad Harimau Selatan.
Kenyataan Tunku Ismail yang juga Pemilik JDT dimuat naik pada laman Facebook, JOHOR Southern Tigers, hari ini turut menjelaskan beliau akan melakukan perubahan besar dalam skuad berkenaan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka dari 14 Mei hingga 10 Jun ini.
[AdSense-B]“Saya akan pulang esok. Bukan sahaja pasukan akan berubah tetapi cuaca juga akan berubah. Tidak percaya? Kita lihat nanti.
“Baru-baru ini saya sudah menandatangani dua pemain baharu kami. Pada Mei nanti JDT akan menjadi sebuah pasukan yang berbeza.
“Jika prestasi pasukan tidak meningkat selepas ini seperti mana yang saya yakin, saya akan lepaskan segala-gala yang berkaitan dengan bola sepak untuk selama-lamanya. Ini kerana saya yakin mereka akan berikan persembahan terbaik,” katanya dalam kenyataan itu.
Kenyataan Tunku Ismail itu mendapat pelbagai reaksi balas daripada penyokong di ruangan komen dengan kebanyakannya melahirkan kebimbangan selepas menganggap Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan meninggalkan JDT.
Bagaimanapun, pengendali laman JOHOR Southern Tigers tampil menjelaskan yang kenyataan TMJ itu lebih kepada menyatakan keyakinan tinggi beliau bahawa JDT akan tampil dengan persembahan berbeza selepas ini.
[AdSense-B]“Cuba faham maksud baginda (TMJ) betul-betul. Baginda sayangkan bola dan tidak mungkin ingin tinggalkan JDT. Baginda yakin pasukan akan ‘perform’ (mempamerkan persembahan terbaik) selepas ini dan jika tidak ‘perform’ baginda sanggup tinggalkan bola sepak selama-lamannya.
“Ia seperti berbunyi jika pasukan tidak ‘perform’ baginda akan kerat jari baginda. Itulah yang cuba di sampaikan. Bukan kalau pasukan tidak ‘perform’ baginda ingin angkat kaki,” kata pengendali laman JOHOR Southern Tigers.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Apa Yang Perlu JDT Lakukan Untuk Ke Peringkat Kalah Mati
Comments are closed.
Mengundur diri disaat JDT dipandang tinggi oleh pasukan lain bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Mungkin kini TMJ rasa tidak yakin dengan kemampuan diri tetapi percayalah setiap permainan ada menang dan kalah dan kita jangan terus kecewa dengan apa yang berlaku. Strategi harus diubah dan mengambil dan menukar pemain import bukan menjamin kemenangan. Pemain yang sedia ada perlu ada semangat yang tinggi untuk menang dengan latihan intensif dan perlawanan persahabatan perlu diadakan. Semoga TMJ akan kekal menjadi peneraju JDT dan mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Aamiin.