4 Amalan Antara Maghrib & Isyak

Ustaz Kongsi 4 Amalan Antara Maghrib & Isyak, 60 Minit Masa Terluang Boleh Buat

Terdapat pelbagai amalan antara Maghrib dan Isyak yang boleh dilakukan kerana mempunyai jarak lebih kurang sebanyak 60 minit.

Walaupun ia kelihatan waktu yang singkat namun sangat bermakna jika dipenuhkan dengan ibadah dan amal soleh seperti perkongsian Ustaz Hanafi di bawah.

4 AMALAN ANTARA MAGHRIB & ISYAK ANDA BOLEH BUAT

Cuba imbas kembali, apa yang kita lakukan semalam antara waktu Maghrib dan Isyak. 60 minit lebih kurang masa yang sangat bermakna Allah kurniakan kepada kita untuk lakukan ibadah-ibadah mudah.

Ada kelebihan beramal antara waktu Maghrib & Isyak. Telah banyak hadis dan ucapan sahabat tentang keutamaan menghidupkan waktu ini.

Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah

“Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan amal soleh?”

“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya.

“Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya. Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”

“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isya’ dengan amal soleh.” Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh.

1. Solat Sunat Awwabin

Solat sunat ini boleh dilakukan di antara waktu Maghrib dan Isyak. Biasanya dilaksanakan selepas solat sunat rawatib ba’diyah Maghrib.

أُصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatal auwabina rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya. Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib tanpa diselangi dengan perbicaraan kotor, maka solat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama 12 belas tahun. Hadith Riwayat Tirmidzi.

2. Berzikir

SubhanAllah ( سبحان الله)
Alhamdulillah ( الحمد لله)
AllahuAkbar (الله أكبر )
Lailahaillallah ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ)

3. Baca surah di dalam al-Quran

Contohnya surah-surah amalan seperti al-Mulk, al-Waqiah, as-Sajadah dan lain-lain.

4. Iktikaf sebaiknya.

Iktikaf mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri. Keseluruhan rukun tersebut adalah empat yang berikut:

  • Mu’takif (orang yang melakukan iktikaf)
  • Masjid
  • Niat
  • Menetap

Jom pujuk hati isi masa ini dengan amalan terbaik sepanjang baki kehidupan kita.

Sumber: Facebook Ustaz Hanafi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: