Global Fc

Piala AFC 2017: Kenali Global FC, Jaguh Dari Filipina

JDT diundi bersama juara UFL Division 1, Global FC dalam kumpulan F pada saingan Piala AFC kali ini. Dalam artikel kami kali ini, kami akan menerangkan serba sedikit tentang jaguh dari Filipina ini iaitu Global FC.

Ditubuhkan pada Mac 2000 sebagai kelab komuniti dan hanya bermain di kejohanan-kejohanan di Manila. Pasukan ini mula bermain di United Football League pada 2010 dan memenanginya untuk tahun pertama. Gelaran untuk pasukan ini ialah The People’s Club.

Halaman: Cebu City Sport Complex

Kapasiti: 10,000

Ketua jurulatih: Toshiaki Iami

Website: https://www.facebook.com/globalfootballclub

[AdSense-B]

Pencapaian

Liga:

United Football League Division 1

• Winners: 2012, 2014, 2016

o Runners-up: 2011, 2013

 United Football League Division 2

• Winners: 2010

Global FC

Pemain Global FC menjulang piala UFL ketiga yang diperolehi dalam tempoh 5 tahun

[AdSense-B]

Piala:

 UFL Cup

• Winners: 2010, 2016

o Runners-up: 2012

 UFL FA League Cup

• Runners-up: 2014

 UFL FA Cup

• Winners: 2014

• Winners: 2014

Penampilan di Piala AFC

global fc vs magwe fc

Kemenangan pertama Global FC keatas Magwe FC dengan keputusan 1-0

[AdSense-B]

Tahun ini merupakan kali kedua penampilan pasukan ini pada Piala AFC kali ini. Seperti JDT, Global FC menempuhi play-off AFC Champion League, sebelum gagal dan meneruskan perjuangan kelab dari Filipina pada saingan Piala AFC. Tiada rekod pertembungan kelab ini dengan JDT, namun JDT pernah berentap dengan salah satu pasukan dari UFL sebanyak dua kali dalam saingan tahun lepas iaitu Kaya FC.

Pemain tumpuan

Misagh Bahadoran global fc

Misagh Bahadoran bersama jurulatih Global FC, Toshiaki Imai

Global FC mempunyai kekuatan yang seimbang dari segi pemain import dan tempatan. Misagh Bahadoran, pemain ini merupakan dianugerahkan pemain terbaik kejohanan piala UFL tahun lepas. Tak lupa juga, Patrick Deyto dianugerahkan penjaga gol terbaik dan Amani Aguinaldo, pemain pertahanan terbaik dalam kejohanan yang sama. Global FC juga diperkuatkan dengan empat orang import, iaitu dari Brazil, Wesley Santos (DF), Trinidad and Tobago, Darryl Roberts (FW), Country of Cupacao, Kemy Agustein (MF) dan import kuota Asia, dari Jepun, Shu Sasaki(MF).

Sebelum sepak mula

Memandangkan Mora mula menggunakan barisan kesebelasan terkuat beliau, seharusnya JDT perlu meningkatkan intensiti pada separuh masa pertama dan 10 minit terakhir sebelum permainan tamat memandangkan pemain-pemain dari Filipina mempunyai fizikal yang lebih besar, namun seharusnya JDT perlu lebih menumpukan serangan dan bahagian tengah untuk mengukuhkan lagi posession ball.

Baca juga: Piala FA 2017: JDT 4 Uitm FC 0, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: