Perak Vs JDT Aidil Dan Zaquan

Previu Liga Super #5: Perak vs JDT, rekod dan statistik

Malam ini merupakan pertemuan antara Perak dan JDT di Stadium Ipoh. Mengikut kalendar Liga Super, ia merupakan perlawanan yang kelima. Untuk menghangatkan lagi perlawanan malam ini antara Perak vs JDT, kami sediakan analisa rekod dan statistik untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini semenjak 2013.

Untuk pengetahuan penyokong JDT, perlawanan ini merupakan perlawanan di stadium lawan untuk Liga Super 2017. Kami harapkan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku dan JDT berjaya membawa pulang 3 mata berharga. Mari lihat rekod dan statistik Perak vs JDT yang telah kami sediakan.

Rekod Liga Super yang JDT ingin diteruskan

Tanpa kalah dalam 26 perlawanan berturut-turut

Tanpa kalah di halaman lawan dalam 12 perlawanan berturut-turut

Kemenangan di halaman lawan dalam 4 perlawanan berturut-turut

Statistik: Keputusan JDT vs Perak sejak 2013

JDT menang = 9 perlawanan

JDT kalah = 3 perlawanan

JDT seri = 1 perlawanan

Jumlah jaringan = 18 gol

Jumlah bolos = 12 gol

Clean sheet = 6 perlawanan

Keputusan perlawanan JDT vs Perak

Tarikh Pertandingan Home Result Away
10.08.2016 Piala Malaysia Johor DT 1-1 Perak
06.08.2016 Liga Super Perak 0-1 Johor DT
30.07.2016 Piala Malaysia Perak 3-0 Johor DT
05.04.2016 Liga Super Johor DT 2-1 Perak
05.11.2015 Piala Malaysia Perak 1-2 Johor DT
11.09.2015 Piala Malaysia Johor DT 2-0 Perak
19.08.2015 Liga Super Johor DT 4-1 Perak
24.04.2015 Liga Super Perak 2-1 Johor DT
15.04.2014 Liga Super Perak 0-1 Johor DT
18.01.2014 Liga Super Johor DT 2-0 Perak
27.04.2013 Liga Super Perak 3-0 Johor DT
25.01.2013 Piala FA Johor DT 1-0 Perak
11.01.2013 Liga Super Johor DT 1-0 Perak

Senarai penjaring keatas Perak

Perak vs JDT aidil menjaringkan gol

11/01/2013: Pemain pasukan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan menanduk bola ke gawang pasukan Perak dalam suasana kelam kabut dalam kotak penalti pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Johor Darul Takzim menang 1-0. – UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

No Nama Pemain Jumlah Gol
1 Aidil Zafuan 3
2 Amri Yahyah 2
3 Luciano Figueroa 2
4 Nazrin Nawi 2
5 S. Chanturu 2
6 Safiq Rahim 2
7 Safee Sali 2
8 Juan Martin Lucero 2
9 Jorge Pereyra Díaz 1

Adakah JDT akan memperolehi tiga mata malam ini? Apakah pandangan penyokong JDT? Moga perlawanan Perak vs JDT akan menjadi perlawanan yang menarik.

 

Baca juga: Penerangan ringkas perjanjian “Feeder Club” JDT


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: