JDT Vs Felda United Poster

Prebiu Liga Super #2: JDT vs Felda United, kesebelasan utama dan taktikal

Prebiu Liga Super #2: JDT vs Felda United. Perbiu kali ini, kami membuat analisa berdasarkan prestasi pemain JDT yang mungkin menjadi kesebelasan utama untuk perlawanan malam ini dan juga taktikal yang bakal digunakan oleh coach Mora pada malam ini.

Bayangan Kesebelasan Utama JDT vs Felda United

Berdasarkan pada pertemuan dengan Kedah yang lepas, pastinya Benjamin Mora tidak akan melakukan banyak rombakan hanya perlu melupakan khidmat Aidil dan Kunanlan. Untuk terus kekal bersaing di peringkat Asia, secara tidak langsung Liga Super menjadi antara target utama pasukan JDT .

Berdasarkan formasi 4-2-3-1, ini barisan pilihan kami:

Penjaga Gol : Izham Tarmizi

Selepas Izham mengambil cuti untuk melangsungkan perkahwinan dan terlepas perlawanan yang lepas, kami merasakan dia sudah cukup bersedia untuk perlawanan ini. Izham mempunyai refleks dan dapat mengagak dengan tepat dan cepat arah percubaan dari pasukan lawan. Kami rasanya dari segi ini, Izham lebih bagus daripada Farizal

Bek Kiri : Fazly Mazlan

Fazly Mazlan sudah menjadikan posisi bek kiri sebagai milik mutlaknya. Kami rasakan tiada bek kiri yang lagi bagus dari Fazly di dalam pasukan JDT. Kelibat beliau sangat diperlukan ketika bertahan dan menyerang. Kemampuan untuk melakukan overlap dan crossing yang baik merupakan aset untuk JDT.

Pertahanan Tengah : Fadhli Shas

Dengan kemungkinan Aidil tidak dapat diturunkan, kami merasakan beliau mampu untuk mengisi kekosongan itu. Bagi kami Fadhli Shas seorang pemain yang baik jika diberikan peluang untuk bermain dan mendapat minit permainan yang cukup. Dengan fizikal yang tegap, diharapkan beliau mampu untuk bersaing dengan penyerang import Felda nanti.

[AdSense-B]

Pertahanan Tengah : Marcos Antonio

Tidak ada pertikaian mengapa kami meletakkan beliau sebagai nama pertama yang perlu ada. Kepimpinan beliau ketika bertahan sangat terpuji. Beliau juga mampu melakukan hantaran baik kepada barisan tengah atau penyerang untuk menjaringkan gol.

Bek Kanan : Azrif Nasqulhaq

Ketiadaan S.Kunalan yang digantung akibat kad merah pada minggu lepas, memberikan peluang kepada pemain ini untuk beraksi. Azrif cuma perlu memperbaiki stamina dan kemampuan untuk membantu serangan pasukan JDT.

Tengah Pertahanan : Shakir Shaari

Bagi kami tiada yang lebih layak untuk menggantikan tempat Harris Harun selain beliau buat masa ini. Kami ada mengupas kenapa beliau layak untuk beraksi esok. Kami juga telah memberikan 5 sebab coach Mora patut mula mengunakan pemain ini.

Baca disini: Shakir Shaari, adakah masanya sudah tiba?

Tengah Menyerang : Safiq Rahim

Sungguh pun prestasi beliau pada minggu lepas tidak meyakinkan dan tidak menunjukan semangat kesukanan yaang tinggi tetapi kerajinan beliau untuk turun naik untuk membantu barisan serangan yang pertahanan sangat penting untuk JDT. Beliau menjadi box-to-box player untuk pasukan JDT. Kepimpinan beliau sebagai kapten untuk pasukan JDT masih lagi ditagih.

Sayap Kanan : Azamudin Akil (Alex)

JDT vs Felda United azamuddin akil alex

Jika tidak kerana S.Kunalan dibuang padang minggu lepas, kita mungkin dapat melihat aksi yang lebih banyak dari Alex. Kemampuannya untuk mencari ruang dan peluang ketika menyerang pasti menggerunkan pihak lawan. Beberapa umpanan menarik juga berjaya dilakukan semasa menentang Kedah tempoh hari.

Sayap Kiri : Gonzalo Cabrera

Pada pendapat kami, Cabrera akan bergerak lebih ke dalam berbanding banyak berada di sayap kiri. Beliau akan banyak membantu serangan dari garis tengah dan membiarkan Fazly Mazlan untuk naik membantu. Kami harap Cabrera akan membuktikan JDT membuat pembelian berbaloi pada perlawanan ini.

[AdSense-B]

Penyerang Tengah : Brian Fereira

JDT vs Felda United brian feirerra

Setakat ini, beliau merupakan satu-satu nya pemain import yang dibeli pada musim ini oleh JDT yang boleh dikatakan berbaloi. Beliau cuba menggantikan peranan Diaz di dalam pasukan JDT pada musim lepas. Beliau mampu untuk melakukan tugasan ini. Cuma nasib yang tidak baik sahaja pada minggu lepas yang menyebabkan beliau tidak dapat menjaringkan gol penalti itu.

Penyerang Utama : Hazwan Bakri

Jika Benjamin Mora masih ingin bermain secara high-pressing kami merasakan Hazwan merupakan pilihan yang terbaik. Mobiliti dan kepantasannya sangat berguna bagi seorang penyerang. Bagi kami Hazwan mempunyai kualiti yang baik sebagai seorang penyerang dan perlu diberikan minit permainan yang lebih.

Ramalan Taktikal Dan Strategi Menghadapi Felda United

Preview Liga Super #2: JDT vs Felda United mora

Preview Liga Super #2: JDT vs Felda United Benjamin Mora semasa sesi latihan di Padang Seri Gelam

Berdasarkan pada perlawanan yang lepas ternyata Mora mahu anak buahnya bermain secara laju dan high-pressing untuk cepat mendapatkan bola di kaki pihak lawan. Apa yang kami perhatikan sesetengah pemain masih lagi belum mendapat stamina dan prestasi terbaik mereka.

Pasti serangan dari sayap sekali lagi akan menjadi sandaran utama untuk mengumpan bola kepada penyerang. Kami mengharapkan kerjasama antara Brian Fereira dan Hazwan Bakri akan menjadi lebih baik dalam perlawanan ini.

Kami bukan menidakkan kemampuan Jeronimo Barrales. Tetapi sebagai seorang pemain target-man beliau harus lebih banyak memberikan tekanan kepada pertahanan lawan ketika situasi bola tinggi.

Mungkin beliau masih cuba menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan pada ketika ini

[AdSense-B]

Ramalan Keputusan Akhir JDT vs Felda United

Kami merasakan JDT mampu menang untuk perlawanan ini sekiranya taktikal coach Mora menjadi dan mendapat sokongan penyokong di Stadium Larkin. Rekod tanpa kalah di Larkin semestinya mahu dikekalkan.

Kami meramalkan keputusan akan berpihak kepada JDT 2-0 untuk perlawanan malam ini. Apa pula ramalan anda?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: