Tempat WAJIB Anda Kunjungi Jika Ke Kota Mekah & Madinah

10 Tempat WAJIB Anda Kunjungi Jika Ke Kota Mekah & Madinah, Bersantai Sambil Tambah Ilmu

Nama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tidak asing lagi sekiranya anda berada di Kota Mekah dan Madinah. Selain berkunjung di dua lokasi tersebut, ada beberapa tempat lain boleh dilawati untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah Islam.

Jadi, di bawah ini penulis kongsikan 10 tempat boleh dilawati sewaktu di Mekah dan Madinah.

TEMPAT BOLEH DILAWATI DI MEKAH DAN MADINAH

Di Mekah:

1. Jabal Nur/Bukit Nur

Jabal Nur membawa maksud gua bercahaya. Bukit ini terkenal dengan sejarah Islam di mana menempatkan Gua Hira’ iaitu tempat wahyu diturunkan.

2. Padang Arafah/Jabah Rahman

Jabal Rahmah sebenarnya berada di lingkungan yang sama dengan Padang Arafah.

3. Menara Abraj Al Bait

Menara Abraj Al Bait merupakan sebuah kompleks bangunan yang terletak di Kota Mekah. Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh Kota Mekah dan merupakan jam terbesar di dunia.

4. Thaif

Thaif merupakan destinasi pilihan ramai sekiranya ke Mekah. Kota Thaif memiliki cuaca lebih sejuk berbanding di Mekah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana antarnya adalah melawat ladang bunga rose.

5. Masjid Namira

Masjid ini pernah menjadi masjid Nabi Muhammad SAW menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak. Masjid ini memiliki 10 pintu masuk utama dan 3 kubah besar. Memang menakjubkan!

Di Madinah:

1. Raudah atau Taman Syurga

Tidak lengkap rasanya lawatan ke Madinah sekiranya tidak mengunjungi Raudah atau taman syurga yang terletak di dalam Masjid Nabawi. Terletak bersebelahan dengan makan Rasulullah SAW, tempat ini merupakan kawasan yang dimakbulkan doa.

2. Makan/perkuburan Baqi’

Ini merupakan kawasan perkuburan paling mulia dan paling sering diziarahi oleh Rasulullah SAW. Di perkuburan ini terdapat lebih kurang 10,000 sahabat Baginda SAW disemadikan di sini.

3. Masjid Quba

Masjib ini merupakan masjid pertama didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Terletak sekitar 3km dari Masjid Nabawi dan menjadi tempat ziarah penting bagi umat Islam.

Antara kelebihan menunaikan solat di Masjid Quba adalah mendapat pahala seperti mengerjakan Umrah.

4. Bukit Uhud

Bukit Uhud menjadi saksi berlakunya Peperangan Uhud dan merupakan bukit yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Uhud bermaksud bersendiri iaitu bukit ini tidak bersambung dengan banjaran gunung yang lain.

“Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’” HR Bukhari.

5. Masjid Al Ghamamah

Selain Masjid Nabawi dan Masjid Quba, Masjid Al Ghamamah juga merupakan tempat menarik di Madinah yang boleh dikunjungi. Rasulullah SAW pernah mendirikan solat meminta hujan dan selepas itu awan menjadi mendung.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Detik & HidayatulAllah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: