5 Jenis Kelompok Penyokong Yang Ada di Malaysia
Baru-baru ini, penulis melakukan ‘open debate’ kepada semua penyokong JDT. Ada yang bersependapat, dan tak ramai juga yang berselisih pendapat.
Tapi itu lah dinamakan perdebatan yang berilmiah tanpa sebarang kata carutan. Jadi di sini penulis bersama rakan penulis dari Kedah yang dikenali sebagai Don K-Rul ingin berkongsi ilmu baharu mengenai jenis kelompok penyokong terbahagi dalam jenis sukan namun hari ini penulis fokus kepada 5 kelompok yang sinonim bersama penyokong setia bolasepak.
Seperti pasukan Kedah yang mengalami revolusi dari zaman Double 1993 kepada kejatuhan gelap Division Kedua sebelum kembali ke era gemilang Double Treble dan pernah mencapai kedudukan tertinggi di ranking IFHHS iaitu no 111 dunia. Ia sebagai atau rentetan yang mewarnai pasukan Jelapang Padi itu.
JDT juga tidak ketinggalan dalam berevolusi. Segalanya berubah selepas tampuk kepimpinan PBNJ diambil alih Tunku Mahkota Johor dan dari situ zaman kegelapan Johor sudah makin pudar. Namun kini seolah-olah datang kembali selepas mengalami kekalahan di pusingan pertama.
Dari zaman ke zaman itu, Kedah dan JDT juga telah mendapat sokongan dari beberapa bentuk komuniti dan ia berkembang pesat sehingga kini.
Kita singkap 5 kelompok terdiri daripada kita sendiri.
[AdSense-B]
OFFICIAL SUPPORTERS
Kelompok ini adalah penyokong yang berdiri teguh dibelakang pasukan. Selain itu mereka juga mempunyai rangkaian perhubungan bersama Persatuan Bola Sepak Negeri.
Jika di Kedah beberapa ‘official supporters’ seperti Arena Hijau Kuning, The Red Eagle merupakan kelab penyokong berdaftar, di JDT turut mempunyai ‘official supporters’ tersendiri seperti Kelab Penyokong Bolasepak JOHOR Lembah Klang.
Mereka diberi ruang dan peluang mengemukan cadangan, pertanyaan kepada pasukan kesayangan mereka seperti terlibat dalam ‘press conference’ selepas perlawanan.
ULTRAS
Kelompok ini juga dikenali Barra Brava di Amerika Latin. Sebelum penulis memberi penerangan, kita hayati sejenak ayat keramat dari salah seorang ultras tegar Rossoneri (Milanista Curva Sud) ini.
“As an ultra I identify myself with a particular way of life. We are different from ordinary supporters because of our enthusiasm and excitement. This means, obviously, rejoicing and suffering much more acutely than everybody else”.
Ultras bukan sahaja mempunyai semangat luar biasa malah mereka merupakan gerakan battalion dalam menyokong pasukan. Nyalaan flares, tifo, koreografi, bendera gergasi sebagai pengenalan mereka. Nyayian atau chant berkumandang disebalik teguh berdiri sepanjang 90 minit permainan. Passion yang mereka lakukan adalah salah satu gambaran mereka merupakan PEMAIN KE-12 pasukan mereka.
KASUAL
Kelompok Kasual Firm mula menular di Malaysia sejak kebelakangan ini.
[AdSense-B]
GLORY HUNTER
Golongan ini adalah sejenis penyakit “Pak Turut” dalam bahasa kegunaan kita. Penulis bukan memperkecilkan sumbangan mereka tetapi ingin membezakan kelompok mereka dari kelompok lain. Glory Hunter memiliki 5 sifat utama.
- Tidak Tahu Sejarah Pasukan – Contoh, mereka tidak ambil peduli sejarah pasukan malah tidak tahu.
- Jarang Menonton – Contoh, minit ke-80 perlawanan bertanya soalan bodoh seperti JDT memakai jersi warna apa?
- Tidak Tahu Identiti Pemain – Contoh, soalan kecelaruan mental seperti “Kenapa pemain seorang bertahan dan seorang menyerang?”
- Keyboard Warrior – Contoh, mengambarkan kesetiaan dalam Facebook dan saling bertikam lidah.
- Mahukan Kejayaan Segera – Contoh, demands success merujuk kepada sokongan hanya ketika pasukan kecepi kemenangan atau kejuaraan sahaja.
HOOLIGANS
Ini golongan belum wujud di Malaysia (kecuali yang acah-acah) kerana golongan ini sangat ganas dan berlainan dengan budaya kita di Malaysia. Hooligans tidak berkumpul secara kelompok besar walaupun mereka hadir dengan jumlah agak besar. Tumpuan mereka kepada pertembungan rivalries diantara pasukan sokongan mereka dan rivals.
Pergerakkan mereka diserata pelusuk dan rusuhan adalah asam garam dari pengenalan seorang hooligans. Juga lahir era 1970 dan 1980an, mereka juga sering menjadi sasaran pihak berkuasa ekoran pergaduhan didalam stadium mahupun luar stadium. Di Malaysia, serangan kelompok Malaysia keatas penyokong Vietnam pada 2014 diantara detik hitam sejarah hooligans di Malaysia.
[AdSense-B]
KESIMPULAN
Tidak kira anda ini seorang ‘YesMan’ atau ‘lalang’ sekalipun, masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri untuk kelab yang dicintai. Kita mungkin berbeza ideologi dan falsafah namun itu semua bukan alasan untuk kita tidak bersatu di bawah satu panji.
Perlawanan JDT v Sarawak pun hampir nak bermula. Tiket banyak lagi. Masih belum terlambat untuk anda semua serbu ke stadium hari ini. Buktikan kasih sayang kita kepada pengorbanan yang telah dilakukan Tunku Mahkota Johor kita
Baca juga: Preview Piala Malaysia 2017: Semangat Ngap Sayot Mampu Gegarkan Larkin