5 Perkara Dari Sesi Latihan Malam Tadi (16/06/2017)
Rasanya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pemain JDT beraksi terutama sekali dengan tambahan dua pemain yang dibeli ketika musim perpindahan kedua. Mereka sudah mula berlatih malam semalam selepas bercuti panjang. Namun ada diantara mereka yang membuat tugasan untuk negara.
Fanpage JST telah memuat naik gambar sesi latihan semalam dan kami perhatikan 5 perkara ini:
1- Natxo Insa sudah mula berlatih
Baru sahaja sampai ke Johor Bahru dan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain JDT, pada malamnya Natxo terus mengikuti sisi latihan malam tadi. Kami harap Natxo cepat serasi dengan semua pemain JDT dan dapat menampilkan prestasi yang diharapkan
2- Semua import sudah kembali, termasuk Brian
Fanpage JST ada mengesahkan bahawa tiada import yang akan digugurkan dengan kemasukan Natxo. Kami pasti Natxo akan didaftarkan sebagai pemain tempatan. Namun dengan kemasukan Ghaddar JDT sudah mempunyai 5 pemain import dan hanya 4 pemain import dibenarkan didaftar.
JDT sekarang sudah mempunyai Ghaddar, Guerra, Cabrera, Marcos dan Brian sebagai pemain import dan kesemua mereka ada dalam sesi latihan semalam. Adakah kenyataan yang mengatakan Brian sudah dilepaskan adalah tidak benar?
3- Kelihatan pemain yang dikatakan cedera
Mengikut pengetahuan kami, sekiranya pemain mengalami kecederaan mereka akan menjalankan sesi latihan yang berasingan. Mereka akan bermula dengan sesi latihan ringan didalam gimnasium sebelum dibenarkan menyertai latihan bersama pemain yang lain kerana takut kecederaan berulang ketika sesi latihan.
Namun, pemain seperti Darren, Junior, Fadhli Shas, Azrif, Kunanlan, Fazly dan Gary sudah kelihatan dalam sesi latihan malam tadi. Kunanlan dan Fazly digugurkan dari skuad Harimau Malaya disebabkan kecederaan. Adakah mereka sudah pulih sepenuhnya dan sudah boleh diturunkan jika menjadi pilihan coach?
Kami harap juga pihak JST berkongsi dengan penyokong sama ada mereka sudah benar-benar bebas dari kecederaan atau tidak. Jika mereka masih belum fit untuk diturunkan berikan jangka masa bila kecederaan mereka akan pulih. Ramai penyokong yang menantikan post maklumat sebegini dari post selamat pagi dan selamat malam.
4- Farizal masih turun berlatih
Hukuman sudah dijalankan, Farizal tetap akan berlatih bersama JDT selama hukuman berjalan. Hubungan Farizal dan pengurusan JDT masih kekal seperti biasa. Namun begitu, dua lagi penjaga gol JDT iaitu Haziq dan Izham masih tidak kelihatan.
Info yang kami ada Haziq masih bersama skuad Malaysia U22 kerana ada satu lagi perlawanan persahabatan. Izham mungkin masih lagi berbulan madu.
5- Tiada pemain yang menyertai skuad Harimau Malaya
Kelibat Safiq Rahim, Mahali, Hazwan, Amirulhadi, Alex dan juga Izham tidak kelihatan malam tadi. Kami tiada info yang Harimau Malaya mempunyai apa-apa perlawanan persahabatan. Mungkin mereka diberikan cuti tambahan untuk berehat selepas tugasan negara
Kesimpulan
Kami harap dengan kemasukan Ghaddar dan Natxo, jentera serangan JDT menjadi lebih ampuh dan pertahanan kita menjadi semakin kukuh. Perlawanan pertama selepas cuti Hari Raya nanti adalah dengan menetang Pulau Pinang. Selamat berjuang wira-wira kami sekalian.
Baca juga: Azinee Taib Merantau Mencari Peluang Di Luar Johor