Gol Baddrol Bakhtiar vs JDT Bukan Gol Terpantas Liga Super 2016
Pernahkah anda menonton video diatas? Pada tarikh 21 November 2016, laman fanpage Football Malaysia LLP (FMLLP) telah memuat naik satu video jaringan Baddrol Bakhtiar ketika menetang JDT di Stadium Darul Aman dan diistiharkan sebagai gol terpantas Liga Super 2016 (gambar diatas).
Selepas menonton video ini, kami lihat ramai komen yang berbentuk sindiran dalam post tersebut. Ramai juga yang share tuh. Kami penyokong JDT sebenarnya tidak terasa pun dengan post tersebut. Kami kan juara Liga Super untuk tiga tahun berturut-turut dan ‘unbeatable’ pulak tuh.
Semakan berdasarkan Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB)
Kami memang ada mengumpul data-data daripada laman SPMB seperti jumlah kad, jumlah kehadiran dan sebagainya. Salah satu data adalah jumlah, masa jaringan dan nama penjaring. Berdasarkan data yang kami kumpul tersebut hanya 2 gol yang dijaringkan dalam tempoh 1 minit.
Ini gol pertama yang dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar. Gol yang dikatakan gol terpantas Liga Super 2016 oleh FMLLP.
Ini pula gol kedua yang dijaringkan oleh Junior Aparecido Guimaro.
Adakah gol Junior Aparecido Guimaro merupakah gol terpantas Liga Super 2016?
Rekod dari SPMB tidak boleh menentukan mana satu gol yang paling pantas. Tetapi, kami cuba mencari sumber lain seperti dari surat khabar atau pun video youtube mengenai jaringan Junior Aparecido Guimaro tersebut. Kami jumpa dua bukti.
Bukti pertama: Berdasarkan artikel dalam Harian Metro dan twitter rasmi. Gol ini dijaringkan dalam masa 25 dan 26 saat.
Bukti kedua: Berdasarkan artikel dalam Kosmo. Gol ini dijaringkan pada 26 saat.
Kami tidak menjumpai video Youtube jaringan Junior Aparecido Guimaro didalam Youtube ini. Video berita sukan TV1 yang dijumpai dalam Youtube pun tiada menayangkan highlight untuk perlawanan ini. Mungkin disebabkan perlawanan ini berlangsung di Sarawak maka tiada wartawan yang mahu merakam perlawanan ini. Pihak FMLLP pun tidak pernah membuat siaran langsung dari Sarawak.
Rumusan gol Junior Aparecido Guimaro dan saranan kami.
Berdasarkan dua bukti diatas, gol dari Junior Aparecido Guimaro boleh disimpulkan sebagai gol terpantas dalam Liga Super 2016. Kami mahukan pihak FMLLP mengesahkan fakta ini secepat mungkin. Kad kuning pun FMLLP takde rekod yang tepat kan. Jika betol, kami sarankan post tersebut hendaklah dipadam dan digantikan dengan post berdasarkan fakta yang tepat.
Kami tidak ambil kisah pun JDT paling awal bolos, cuma kami kisah bila benda yang ‘simple’ pun boleh buat salah. Adakah FMLLP satu badan yang tidak PRO langsung? Kepada penyokong JDT yang lain, jika anda mahu fakta ini disahkan oleh FMLLP, boleh SHARE artikel ini. Biar FMLLP tahu dan satu Malaysia tahu. Sekian.
Baca juga: Pemain Baru JDT: Syahrul Azwari Ibrahim