Muangthong Vs Jdt Penalti

Previu Perlawanan: Kelayakan Piala ACL 2018, Muangthong United vs JDT

Pada 23 Januari 2018, Perlawanan pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2018 akan mempertemukan wakil tunggal dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang naib juara Liga Thai T1 2017, Muangthong United.

Perlawanan yang dijadualkan esok itu bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok pada jam 7.30 petang (waktu tempatan).

Johor Darul Takzim

JDT mengesahkan kedudukan untuk bersaing di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC ini setelah bergelar juara Liga Super 2017 yang merupakan kejuaraan kali keempat berturut-turut buat mereka. JDT hanya tewas tiga kali daripada 22 perlawanan liga.

Untuk tahun 2018 ini, JDT membawa kembali dua pemain kelahiran Argentina yang telah banyak menjaringkan gol buat JDT dari 2014 hingga 2016. Kembalinya Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz pastinya memperkuat jentera serangan JDT.

[AdSense-B]

Selain itu, pemain import dari Singapura, Hariss Harun juga kembali ke pangkuan JDT setelah dipinjamkan ke Home United musim lalu. JDT ternyata tidak asing lagi dengan kejohanan ini setelah layak kali keempat berturut-turutt. Walaubagaimanapun semenjak tiga musim yang lalu JDT masih gagal mendapatkan slot untuk ke peringkat kumpulan.

Pencapaian paling tinggi mereka adalah pada musim lalu apabila mereka menundukkan Bangkok United 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan berakhir 1-1. Walaubagaimanapun mereka terpaksa akur apabila tunduk 0-3 kepada Gamba Osaka di pusingan terakhir.

Jangkaan Kesebelasan Utama JDT

Pemain import baru, Bruno Soares dilihat akan mula bermain di barisan pertahanan bersama Fadhli Shas dan dibantu oleh Fazly Mazlan berikutan La Vere Corbin Ong gagal di daftarkan berikutan masalah teknikal. S. Kunalan juga pastinya bakal mengambil peranan selaku pertahanan kanan. Haris Harun pula dijangka mengambil semula posisi selaku pemain tengah bertahan.

[AdSense-B]

Di bahagian hadapan pastinya bakal meletakkan semula penyerang berbisa Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz yang bakal berusaha mencari gol buat JDT sambil dibantu kapten, Safiq Rahim dan Natxo Insa di bahagian tengah. Satu lagi slot selaku penyerang harus direbut Hazwan Bakri, Darren Lok dan Syafiq Ahmad. Walau bagaimanapun Hazwan dilihat mempunyai kelebihan.

Muangthong United

Perubahan berlaku dalam pasukan ini apabila empat pemain bintang mereka memilih untuk berkelana ke luar negara semenjak enam bulan yang lalu. Chanatip Songjrasin, Theerasil Dangda dan Theerathon Bunmathan berhijrah ke Jepun manakala penjaga gol mereka, Kawin Thamsatchanan ke Belgium. Walaubagaimanapun Theerasil dan Theerathon akan permain dalam pusingan kelayakan ini sebelum berlepas ke Jepun.

Ini bermakna perlawanan ini bakal menampakkan perubahan besar buat Muanthong United yang bakal bertemu JDT. Pemain bintang yang baru di bawa Muangthong musim ini adalah Jaja Coelho yang dibawa dari Buriram dan telah menjaringkan 34 gol musim lalu.

[AdSense-B]

Untuk rekod ini merupakan kali kedua kedua-dua pasukan ini bertemu setelah kali pertama pada tahun 2016 yang dimenangi Muangthong United melalui sepakan penalti. Pada pertemuan itu, kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas 120 minit masa permainan sebelum tiga sepakan oleh Hariss Harun, Marcos Antonio dan Jorge Pereyra Diaz diselamatkan Kawin Thammasatchanan sekaligus memberi kemenangan 3-0 untuk Muangthong United menerusi penentuan sepakan penalti.

Sumber: Sportivo

Baca juga: JDT Bersemangat Benam Muangthong – Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: