Menang Vs Selangor

Analisis: Selangor 2 JDT 2, Harry Novillo Selesa Di Bahagian Sayap

#Analisis: JDT dan Longhi. Kali ini saya bentangkan beberapa analisis ringkas tentang JDT.

Adakah Harry Novillo The Next Diaz?

Dalam membincangkan soal ini, ada 2 konteks yang harus dilihat.

1. Squad depth

Dari segi squad depth, kita membincangkan isu kekuatan pasukan, kuantiti dan kualiti pemain yang membuatkan sesebuah pasukan lebih ‘thick’. Dari aspek, depth, sudah pasti jawapannya YA. Ini kerana JDT telah mendapatkan pemain import untuk menggantikan Diaz.

[AdSense-B]

2. Teknikal

Dari segi teknikal pula rasanya 2 pemain ini jauh berbeza. Pereyra Diaz adalah no,10 yang tipikal central winger. Tiada masalah untuk Diaz bermain di wide area. Bahkan Mesut Ozil pun boleh bermain di wide area. Tetapi kekuatan utama mereka adalah central winger. Namun ia bukanlah best position untuk beliau.

Ketika menjadi central winger musim 2016, anda lihatlah statistik Diaz. Harry Novillo adalah tipikal wing attacker sejati. Pemain yang sangat selesa dengan wide role. Beliau gemar melakukan cut inside untuk melakukan gol dalam posisi inverted winger.

Formasi JDT semalam adalah 4-2-3-1. Dan anda akan nampak Harry sangat selesa di wide area untuk melakukan projek. Ketika di central area beliau tidak connecting pivot dan attacker. Dia bermain sebagai second striker dan bukannya no.10 tulen dalam formasi 4-2-3-1. Second striker lebih bertindak individu berbanding dengan no.10. Mereka lebih creating space untuk mereka sendiri.

Jadi, JDT secara tak langsung banyak berada dalam formasi 4-4-1-1 dengan Safawi dan Cabrera sebagai winger. Apabila bercerita pasal winger dalam sistem midfielder 4, nak tak nak Cabrera dan Safawi kena lebih defensive dalam sistem wing yang lebih klasik.

Ia berbeza dengan sistem winger dengan attacking 3 dalam formasi seperti 4-3-3. Anda boleh lihat role Rashfor di Man. United. Kenapa Mourinho lebih prefer dia daripada Martial ataupun Mkhitaryan (sebelum ke Arsenal) dalam sistem 4-4-2, ataupun 4-2-3-1.

[AdSense-B]

Ini kerana sistem midfielder 4 yang lebih menuntut pemain untuk lebih banyak track back dan berdisiplin bertahan. Agak naif untuk terlalu hype Novillo hanya kerana 1 perlawanan. Tetapi perbincangan kali ini bukan merumuskan aksi beliau untuk rest of the season. Saya membincangkan kualiti beliau dalam perlawanan menentang Selangor.

Novillo boleh dikatakan pemain terbaik JDT dalam aksi semalam. JDT memulakan perlawanan dengan sangat baik. Namun selepas itu mereka hilang disiplin taktikal. Mereka terikut-ikut rentak pasukan Selangor. Tetapi pemain ini sentiasa cuba mengekalkan disiplin permainan beliau.

Beliau nampak lebih bersedia berbanding dengan Jorge kerana Harry sudah lama berlatih bersama JDT. Jorge tu boleh tutup mata dahulu la. Dia pun baru sampai. Jadi, jika JDT nak bermain sistem dengan Novillo di central role, mereka perlu pastikan 2 winger yang lebih komprehensif dengan sistem midfielder 4 ataupun 5.

JDT dalam perlawanan ini sangat tidak sabar bila ada bola. Mereka tidak cuba membentuk shape taktikal/formasi ketika menyerang. Mata pemain hanya tertumpu ke depan ataupun tak open their angle. Dan banyak melakukan extra touches/skill yang tak perlu. Bermain sabar bukan bermaksud anda banyak menggelecek. Tetapi lebih kepada mengalirkan bola dengan lebih baik di antara pemain.

Kurangnya killer pass juga menjadi masalah JDT semalam. Mujur mereka tak kalah perlawanan ini. Pada separuh masa kedua mereka memang dominan tetapi kurang penetration ke dalam box Selangor.

Next move untuk Longhi

Tiada alasan lagi untuk Longhi tidak membentuk pasukan yang ada DNA bola sepak yang jelas dengan kualiti skuad yang beliau ada. Seterusnya, JDT harus banyakkan semula latihan bertahan dalam unit. Mereka seakan-akan satu pasukan yang ambil mudah perkara ini di pusat latihan.

Fadhli Shas antara pemain terbaik mereka dalam penggal kedua musim lalu dan awal musim ini. Namun kini seperti hilang sentuhan.

[AdSense-B]

Influence

Ramai yang menyatakan ketiadaan Safiq Rahim adalah punca JDT struggle. Saya tak nak menafikan hal itu. Sebelum ini ada yang menyatakan Afiq Fazail adalah pengganti Safiq Rahim. Semalam adalah bukti yang 2 pemain itu adalah sangat berbeza. Afiq adalah tipikal destroyer dan lebih defensive. Safiq adalah box to box.

Namun itu bukan alasan untuk Afiq tak cuba meningkatkan aspek all rounding beliau dalam padang. Apabila Afiq bermain dengan Harriss Harun, mereka secara tak langsung membentuk pivot yang sangat defensive. Mereka hilang seorang pemain yang boleh change direction sama ada bola ataupun permainan di tengah dengan lebih berkesan.

Jadi, apa yang mereka hilang adalah variasi hantaran. Mereka kurang key passes di central area. Itu yang Safiq boleh offer walaupun dia tidak seperti dahulu lagi dari segi energy dan stamina. Jika Natxo digandingkan dengan Hariss, pemain ini akan memberikan dimensi yang baik kerana beliau juga tipikal box to box seperti Safiq.

Cuma Natxo lebih berdisiplin dalam bertahan, jadi dia lebih sesuai duduk di deeper role. Kang berkungfu pulak copot dalam situasi outnumbered. Idea meletakkan Safiq Rahim di role lebih advance bila dalam 4-3-3 kerana tak nak membebankan dia dengan role lebih defensive.

Memang semua pemain kena bertahan, tetapi dengan role no.8 beliau akan lebih kepada pressuring di hadapan. Nazmi lebih kepada moden multifunctional CM macam Xavi dan Iniesta yang berbeza dengan Gerrard dan Scholes. Lebih kurang la.

Mereka sangat bagus dalam attacking. Tetapi bukan pemain yang boleh defend atau suka bertarung secara duel. Dia boleh menggantikan Safiq Rahim tetapi ada isu dengan konsistensi dan influence dalam perlawanan dalam setiap game.

[AdSense-B]

Untuk Raul Longhi, beliau ada misi besar untuk memastikan beliau berjaya meyakinkan TMJ bahawa beliau orang yang tepat untuk mengendalikan pasukan ini jika mereka ke kejohanan lebih besar seperti ACL musim depan.

All the best untuk semua.

Sumber dari fanpage Axello Tacts.

Baca juga: Novillo Lega Lakukan Pilihan Bijak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: