Hazwan Bakri Jdt

Musim ini, kami sarankan JDT hanya fokus 3 perkara ini sahaja

Seperti yang kita semua sedia maklum, kita masih lagi gagal untuk layak ke Piala ACL kerana perlu menewaskan pasukan yang kuat semasa pusingan kelayakan. Pihak pengurusan JDT juga tidak mensasarkan apa-apa piala untuk musim ini. Tetapi, kami sarankan JDT hanya fokus 3 perkara ini sahaja untuk musim 2017

1- Dapatkan tiket ke Piala AFC musim 2018 secepat mungkin

Piala FA memberikan slot yang paling cepat untuk ke Piala AFC tanpa menunggu hingga habis musim. Kami harap kem  JDT memberikan tumpuan penuh pada piala ini kerana ia kejohanan yang pendek dan memerlukan bilangan perlawanan yang sedikit untuk menjadi juara.

Tetapi, Liga Super jangan terus dilupakan kerana boleh dijadikan pilihan kedua jika terlepas Piala FA. Pusingan pertama Liga Super masih sama penting seperti Piala FA. Kecuali lah jika Piala FA sudah berada dalam genggaman.

[AdSense-B]

2- Kumpul mata sebanyak mungkin dalam Piala AFC

Mata yang kami tekankan ini bukanlah mata semasa peringkat kumpulan, tetapi mata yang akan digunakan untuk kiraan MA ranking negara. Untuk mengumpul mata yang maksima, JDT hendaklah menang semua perlawanan sehingga ke peringkat akhir.

JDT hanya fokus 3 perkara MA ranking JDT

Mengikut format terbaru, terdapat kemungkinan JDT akan bertemu dengan Felda United pada peringkat Zonal Semifinal atau Zonal Final. Selepas itu, hanya satu pasukan dari setiap negara yang akan menghadapi perlawanan seterusnya. Mata yang dikumpul oleh JDT dan Felda United akhirnya akan dibahagi dua untuk kiraan MA ranking.

Untuk pengetahuan semua, MA ranking digunakan untuk menentukan negara mana yang akan mendapat slot automatik ke piala ACL. Jika MA ranking Malaysia berada dalam 6 negara terbaik dalam zon Asia Timur, maka satu pasukan akan mara ke peringkat kumpulan. Yang pasti, pasukan tersebut adalah JDT.

[AdSense-B]

Mengikut pembacaan kami, AFC tidak menetapkan syarat perlu berada dalam top 4 liga untuk bermain di Piala ACL. Pada pemahaman kami, JDT akan dapat bermain di Piala ACL tidak mengira kedudukan dalam Liga Super asalkan tiada pasukan lain yang memperolehi lesen AFC. Jika ada, JDT perlu berada diatas pasukan tersebut.

Baca juga: Penerangan Lengkap Format Baru Piala AFC 2017

3- Pembangunan pemain muda dan yang tidak selalu berpeluang bermain

Sekiranya slot ke Piala AFC 2018 sudah diperolehi dari awal melalui Piala FA, JDT boleh memberikan tumpuan pada Piala AFC sahaja. Pusingan kedua Liga Super boleh menggunakan pemain muda dan kurang mendapat peluang bermain untuk JDT.

haziq nazli jdt

Perkara yang sama juga boleh dilakukan oleh JDT untuk Piala Malaysia. Ini la masa nya kami dapat melihat pemain seperti Hazwan, Haziq, Chanturu, Gopi, Shakir, Afiq, Gary, Junior, Azrif dan lain-lain beraksi. Selain itu JDT juga boleh menaikkan pangkat pemain JDT II yang berkelayakan.

Perkara ini dapat memberikan lebih minit permainan kepada mereka dan baik untuk pemilihan ke Harimau Malaya. Malah, ia juga sebagai persediakan untuk memenuhi syarat ‘feeder club’ yang telah dimeterai dengan FMLLP.

[AdSense-B]

Bonus – 4- Mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Larkin.

Ini adalah tambahan untuk kem JDT. Tahun lepas kita tidak pernah kalah di Larkin dalam semua kejohanan. Untuk Liga Super, Stadium Larkin kebal sejak 2013. Kalau kem JDT mahu untuk mempertahankan rekod ini pun kami tiada halangan.

Apakah pandangan anda mengenai saranan kami ini?

Baca juga: Kenapa penyokong JDT berang semalam? Kami senaraikan 5 sebab.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: