Jdt2 Menang

JDT II Lonjak Ke Tangga Kesembilan

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melonjak ke tangga kesembilan tatkala beraksi di ‘gelanggang lawan’ selepas menewaskan Sarawak 2-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), malam tadi.

Ia kekalahan kedua buat skuad kendalian Ian Gillan selepas tewas 0-2 pada aksi 7 Mei lalu tatkala menggunakan Stadium MPPG sebagai ‘laman sendiri’ selepas Stadium Negeri, Kuching tidak dapat digunakan pada aksi bulan Ramadan kerana pencahayaan lampu limpah tidak mendapat kelulusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

[AdSense-B]

Percubaan pertama JDT II hadir seawal minit kedua apabila bola hantaran lintang Che Rashid Che Halim ditanduk kemas Nicolas Fernandez namun penjaga gol, Firdaus Muhamad sempat merebahkan badan untuk menepis bola keluar.

Selepas gerakan menarik itu, aksi kedua-dua pasukan sepanjang 20 minit perlawanan mula hambar apabila masing-masing mengamalkan corak permainan berhati-hati bagi mengelak melakukan kesilapan.

Akhirnya gol yang dicari JDT II menjelma pada minit ke-37 selepas bola lorongan Fernandez membuka ruang buat Bruno Soares yang berada di posisi terbaik merembat bola leret menewaskan Firdaus.

[AdSense-B]

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan pada babak pertama, kesilapan Firdaus membawa padah selepas gagal menangkap kemas bola rembatan Muhd Fazly Mazlan dan kesempatan itu diambil Fernandez yang menolak bola muntah untuk meletak JDT II selesa 2-0.

Malang buat Darren Lok yang masih kempunan menjaringkan sejak menyertai JDT II tatkala pada minit ke-60, dia mensia-siakan peluang terbaik apabila menyepak bola tinggi selepas menerima bola sepakan lintang Muhd Fazly ketika Firdaus sudah tertewas.

Apa pun, jaringan 2-0 yang terhasil pada babak pertama sudah memadai buat skuad kendalian Benjamin Mora meraih tiga mata sekali gus mengelak berada di dasar liga.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: