KODIMAS, Ace Innovate Asia lancar aplikasi pelaburan emas digital
KUALA LUMPUR: Koperasi Digital Emas Bhd (KODIMAS) dengan kerjasama Ace Innovate Asia Bhd melancarkan aplikasi pelaburan emas digital patuh syariah yang dikenali sebagai KGOLD.
Syarikat dalam satu kenyataan berkata, ia membolehkan pelanggan menyemak harga emas secara langsung supaya dapat melihat susut nilai yang rendah dalam pembelian jual beli emas.
Pelaburan emas mampu membantu masyarakat dalam mengukuhkan kewangan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ini selain memberi pulangan jangka panjang kepada pelabur.
“Pelaburan emas serendah RM10 membolehkan semua golongan masyarakat untuk melabur dalam simpanan emas dan seterusnya boleh mengeluarkan emas yang dibeli namun harus meninggalkan baki RM10 dalam akaun KGOLD.
“KGOLD juga menawarkan pendapatan tambahan buat Ejen yang berdaftar dibawah KODIMAS dalam “Affiliates Program”. KODIMAS memberi keutamaan kepada Koperasi-Koperasi di Lembah Klang untuk menjadi “affiliates” mereka,” kata kenyataan itu.
Selain itu, aplikasi ini turut memudahkan pelanggan membuat transaksi jual beli tanpa perlu ke premis yang menjual emas kerana semuanya boleh dibuat menerusi aplikasi aesawang kgold.online
Pelanggan yang berminat untuk melabur secara dalam talian boleh membuka akaun KGOLD melalui Laman Sesawang www.kodimas.com dan juga kgold.online dan boleh daftarkan diri menerusi aplikasi tersebut untuk membuat pembelian pertama.
KODIMAS mensasarkan jumlah Affiliates yang berdaftar dibawah KODIMAS adalah 100 koperasi pada hujung tahun depan dan jumlah pelanggan mencecah 100 ribu orang.
Pelancaran KGOLD telah diadakan di dalam sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 (BKK22).
Upacara perasmian “KGOLD” ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zazali Haron.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Koperasi Digital Emas Bhd, Datuk Lamien Sawiyo dan Ketua Pegawai Eksekutif Ace Innovate Asia, Go Yoong Chang.