Telefon Bimbit Korang Boleh Hasilkan Lebih Banyak Emas

Telefon bimbit korang boleh hasilkan lebih banyak emas daripada lombong emas sendiri

Kalau korang beli telefon bimbit baru, apa yang korang buat dengan telefon lama? Simpan buat tunjuk dekat anak cucu atau buang je dalam tong sampah? Tahu tak, sekarang ni ada cara yang lebih baik untuk kitar semula telefon bimbit dan barangan elektrik di rumah korang tau.

Telefon bimbit dan komputer adalah sisa elektronik

Masa di sekolah dulu mesti korang ada belajar kitar semula kertas, kaca, aluminium dan plastik kan. Tapi, tak ramai yang tahu barangan elektrik dan elektronik pun boleh dikitar semula. Pernah dengar tak istilah ‘e-sisa’ (e-waste). Apanya tu?

E-sisa bermaksud sisa elektronik. Secara ringkasnya, e-sisa ni ialah yang digunakan untuk semua peralatan elektrik dan elektronik (EEE). Bahagian-bahagian barangan tersebut dilupuskan tanpa ada niat untuk digunakan semula pun. E-sisa boleh terdiri daripada perkakas TV, komputer, komputer riba, tablet, telefon bimbit, peti sejuk, mesin basuh dan pengering. Barang lain macam sistem stereo dan cerek pun termasuk juga.

Malaysia buang kira-kira satu juta tan e-sisa setiap tahun!

Pada 2014, dianggarkan yang dunia menghasilkan 41.8 juta tan metrik (Mt) e-sisa yang nilainya lebih kurang 48 bilion Euro (RM 225 bilion). Pada 2016 pula, jumlah e-sisa yang dihasilkan oleh seluruh dunia, beratnya sama dengan 4,500 buah Menara Eiffel. Berat tersebut boleh disamakan jika setiap keluarga kat Amerika Syarikat buang 400 iPhone diorang setiap tahun.

Barang-barang kecik macam telefon bimbit dan pencetak adalah perkara yang paling selalu orang buang. Laporan daripada Global E-waste Monitor beritahu pada tahun 2016, hanya 20 peratus aje e-sisa dekat dunia ni dikitar semula dengan elok. Manakala 80 peratus lagi dibawa dengan kapal ke negara-negara miskin untuk dilupuskan. Tak pun, bawa je kat pusat pelupusan sampah dan dibiarkan macam tu sahaja.

Dianggarkan kira-kira 250 ribu hingga 1.3 juta tan barangan elektrik terpakai dibawa keluar dari Eropah setiap tahun dan kebanyakannya dibuang ke Afrika Barat dan Asia.

Dalam telefon bimbit korang sebenarnya ada emas dan tembaga

Tahu tak yang telefon bimbit dan peralatan elektronik yang korang beli tu ada logam yang sangat berharga seperti emas, aluminium dan tembaga. Walaupun telefon bimbit korang dah rosak, tapi sebenarnya ia masih lagi bernilai tau.

90 peratus bahan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh diekstrak semula untuk buat produk elektronik baharu. Kuantiti logam yang diekstrak daripada e-sisa adalah lebih banyak sehingga 40-50 kali ganda bijih berbanding kalau korang ekstrak terus dari lombong. Contohnya, satu tan bijih emas boleh hasilkan lima gram emas. Tapi satu tan litar telefon boleh hasilkan kira-kira 150 gram emas – 30 kali ganda lagi banyak!

via GIPHY

 

Jadi memang rugi sangat-sangat kalau e-sisa ni dibuang macam tu sahaja dekat tapak pelupusan sampah atau disimpan kat rumah. Padahal e-sisa ni sangat bernilai dan boleh menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Urban mining atau mengesktrak logam-logam berharga daripada e-sisa adalah satu cara terbaik untuk menangani sumber yang terhad ni.

Sumber: Soscili.my

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: