Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut

Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut, Petua Kecantikan Orang Siam!

Setiap kali melihat kulit wanita dari negara Thailand, pasti anda akan cemburu dengan kemulusan dan kegebuan kulit mereka. Tiada sebarang cela di wajah, pasti anda tertanya-tanya apa cara nak hilangkan jerawat dan parut yang boleh digunakan hasil dari petua mereka?

Rupa-rupanya ada petua menggunakan beras pulut yang bukan sahaja enak dijadikan menu pulut ayam, malah sangat disarankan untuk dijadikan masker wajah bagi memuluskan kulit! Tak percaya? Jom cuba!

CARA NAK HILANGKAN JERAWAT GUNA MASK BERAS PULUT

Jom tengok apa bahan-bahannya:

-4 sudu besar beras pulut
-2 sudu besar rose bud
-1 sudu besar susu tepung
-Sedikit air mawar

Cara-Caranya:

1.Kisar kering semua bahan satu persatu. Kisar sampai jadi halus.

2.Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.

3.Kemudian, baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.

4.Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.

5.Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.

6.Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan mask dan lulurkan dahulu sebentar.

7.Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.

8.Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

KELEBIHAN MASK ROSE & BERAS PULUT

Setelah anda cuba baru anda akan tahu hasilnya! Hal ini kerana, gabungan beras pulut dan rose bud buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh membantu menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud juga mengandungi dua kali ganda Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula memberikan kesan cerah dan lembap pada kulit. Apa yang anda boleh buat adalah, lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil yang ‘superb glow’ dan cerah gebu.

*Selamat mencuba!

Sumber: Siti Zainab

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: