Lagenda JDT Safiq Rahim Pemain Paling Bernilai 2015

Safiq Rahim, Lagenda JDT Sepanjang Zaman

Bercerita mengenai Safiq Rahim, pasti ada pahit dan manis dalam kalangan penyokong Malaysia.

Seorang yang terlalu ego dengan kekalahan.

Dia berusaha keras dan sangat bersemangat. Dia cuba untuk meniru gaya permainan pemain Eropah dan itu adalah satu langkah yang bagus.

[AdSense-B]

Namun Safiq mempunyai satu kontra di mana beliau memiliki ‘temper’ yang sangat tinggi. Dan itu lah rahsia pihak lawan untuk menewaskan JDT kerana jika Safiq mental, sesungguhnya form JDT akan binasa.

lagenda JDT safiq rahim permain terbaik bulanan

Boleh dikatakan penampilan beliau di Selangor seperti CR di Lisbon tapi di JDT, Safiq persis CR yang merupakan nadi utama Real Madrid.

Beliau mempunyai aura yang sangat berpengaruh. Seperti mana berpengaruhnya Axello Tacts dalam dunia penulisan bolasepak Malaysia, Rhafiq Sulaiman dan Ainol Shafiqah di dalam dunia penulisan bolasepak JDT.

[AdSense-B]

Safiq mempunyai masa gelap. Siapa boleh lupakan kali pertama beliau menyarung jersi Harimau Selatan dan hampir dijual.

lagenda JDT safiq rahim pemain bernilai piala AFC 2015

Namun berkat kepercayaan Tunku Mahkota Johor terhadap diri beliau dibalas dengan pelbagai kejayaan. Walaupun kini beliau sudah berada di ‘decrease peak’, namun kelibat beliau masih ditagih penyokong JDT.

Insiden di ‘kung fu’ Razman dan antara ‘General’ atas padang yang membantu JDT membenam skuad Kedah dan Melaka dengan jaringan besar sudah menjadi memori indah bagi peminat Safiq Rahim.

Belang dalam jiwa, taring angkuh dalam dada. Demimu Johor, Luaskan Kuasamu Johor.

Happy birthday living legend JDT.

Ditulis ikhlas dari peminat cilik anda Chief of Passing on Target.

Merah itu darahku, biru itu nyawaku.

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Johor DT 4 Sarawak 0

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: