Selamat Datang Natxo Insa, Pemain Baru JDT 2017
Laman fanpage JST melaporkan secara rasmi JDT telah menandatangani pemain luar negara berasal dari Sepanyol, Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues. Natxo bermain di posisi tengah dan juga membantu pasukan Levante layak untuk bermain di La Liga, memulakan karier bola sepak bersama Akademi Remaja Valencia.
Natxo pernah bermain bersama Villarreal CF, Celta Vigo dan Real Zaragoza. Pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu kelebihan besar.
Gabungan tiga pemain Insa-Safiq-Hariss dan beberapa pemain tengah kami yang lain akan menguatkan barisan tengah pasukan pada masa akan datang. Mengikut sumber asal, Natxo akan didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Laporan dari media Sepanyol
Pagi ini, satu media dari Sepanyol El Desmarque mengatakan Natxo Insa bukan lagi pemain Levante UD dalam beberapa jam lagi. Natxo Insa telah menandatangani kontrak 2 tahun bersama JDT dan tambahan setahun dan hanya menunggu pengumuman rasmi mengenai pemergiannya.
Natxo Insa telah menjadi bual mulut penyokong JDT sejak Januari lagi dan menjadi lebih kuat apabila TMJ menyatakan akan membeli seorang lagi pemain tengah yang bermain di Sepanyol semasa borak santai tempoh hari yang akan bergandingan dengan Safiq Rahim
Menurut El Desmarque, JDT dan Levante telah bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak hampir setengah juta euros dan kontrak selama 2 tahun. Angka itu konsisten dengan beberapa berita pada 3 hari lepas yang memyatakan yuran perpindahan Natxo bakal mencecah €400,000.
Biodata Natxo Insa
Nama penuh: Ignacio Insa Bohigues
Tarikh lahir: 9 Jun 1986
Umur: 30 tahun
Ketinggian: 1.77m
Kelab-kelab terdahulu: Valencia, Villareal, Celta Vigo, Real Zaragoza.
Kelab sekarang: Levante UD
Posisi: pemain tengah
Video mengenai Natxo Insa
Baca juga: Video: Gol Terakhir Bersama JDT Dari Bekas Pemain Tempatan