Selamat maju jaya, Hariss Harun
Sejak December 2016, kita sudah mendapat berita bahawa Hariss Harun akan dipinjamkan ke kelab portugal atau pun Jepun. Hanya semalam, JST telah sahkan Hariss Harun akan dipinjamkan ke kelab Ce L’Hospitalet yang bermain dalam liga ke-3 di Sepanyol.
Hariss Harun menyertai JDT
Berikutan keputusan Hariss tidak menyertai Rio Ave, JDT membuat langkah segera dengan menandatanganinya dengan perjanjian dua tahun yang bernilai lebih S$25,000 sebulan pada November 2013. Pada 11 Februari, Hariss menjaringkan gol pertama untuk JDT ketika menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia. Empat hari kemudian, Hariss menjaringkan gol liga pertamanya untuk JDT dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor.
Pada musim pertama, Hariss membantu Johor memenangi kejuaraan Liga Super Malaysia pertama mereka. Pada 31 Oktober 2015, Hariss telah membantu Johor Darul Ta’zim memenangi Liga Super Malaysia 2015 dan Piala AFC 2015 yang diperlawanan akhir menentang FC Istiklol di Tajikistan.
Pada 9 November 2015, Hariss menandatangani kontrak 2 tahun bersama JDT, dengan gaji bulanan sebanyak S$ 42,000 dan menjadikannya pemain singapura yang paling tinggi dibayar dalam sejarah. Dia menjaringkan tandukan hasil sepakan sudut pada perlawanan pembukaan Malaysia Liga Super 2016 menentang Selangor FA yang berakhir 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim memenangi 2016 Sultan Haji Ahmad Shah Piala penalti (7-6).
Hariss Harun antara pemain terbaik di Asia Tenggara
Satu portal sukan, inquirer.net telah menamakan Hariss Harun sebagai salah seorang pemain terbaik di peringkat Asia Tenggara.
Artikel ini ditulis sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki 2016. Hariss hampir membuat 70 penampilan antarabangsa sejak mula mewakili Singapura pada usia 16 tahun dan juga telah menjaringkan salah satu gol terbaik dalam sejarah kejohanan Piala AFF Suzuki pada edisi 2014.
Pemain Asia Tenggara lain yang turut dinamakan adalah Amani Aguinaldo, Stephan Schrock dari Filipina, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda dari Thailand serta Stefano Lilipaly dari Indonesia.
Pencapaian bersama JDT
- Piala AFC: 2015
- Liga Super Malaysia: 2014, 2015, 2016
- Piala FA: 2016
- Piala Sumbangsih: 2015, 2016
Impian bermain di Piala ACL
Pada awal tahun 2016, Hariss pernah menyatakan impiannya untuk bermain di pentas Piala ACL. Namun, apa yang kami dengar, Hariss akan kembali ke JDT pada tahun 2018 sekiranya FAM membenarkan 5 pemain import untuk setiap pasukan.
Baca juga: Bangkok United 1-1 JDT (penalti 4-5): Laporan dan video highlights