Emas Sukan Sea 2011

8 Pemain JDT Dan JDTII Yang Berada Dalam Skuad Emas Sukan SEA 2011

Sukan SEA hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita saksikan pembukaan gilang gemilang temasya sukan terbesar di Asia Tenggara. Sekali lagi Kuala Lumpur mencipta sejarah untuk tercatat sebagai tuan rumah bagi edisi 2017.

Bila kita sebut sahaja sukan SEA tidak lari dengan topik hangat yang dibincangkan iaitu ibu emas sukan SEA yang sinonim dengan bola sepak. Biar la beribu emas lain kite dapat tapi tidak akan lengkap jika pasukan bola sepak kita tidak peroleh kemenangan untuk temasya sukan sea.

[AdSense-B]

12 Ogos 2017 Dato’ Ong Kim Swee telah menyenaraikan 20 pemain terbaik untuk mewakili Malaysia dalam acara bola sepak. Seingat penulis kali terakhir negara kita mambawa pulang “ibu emas” ini pada tahun 2011. Pasukan kita berjaya mendiamkan seluruh peminat Indonesia selaku tuan rumah ketika itu.

Enam tahun sudah berlalu dan para pemain yang mencipta kenangan manis tersebut telah bertebaran mewakili pelbagai pasukan di dalam negara. Dari senarai nama 20 pemain tersebut terdapat 8 pemain yang berada di JDT dan JDTII pada ketika ini. Mereka adalah:

1- IZHAM TARMIZI – JDT

Menjadi penjaga gol kedua pasukan Malaysia dan tidak pernah diturunkan oleh coach Ong Kim Swee.

2- MAHALI JASULI – JDT

Menjadi pilihan utama coach Ong Kim Swee untuk posisi bek kanan. Mahali ditugaskan menjadi penendang pertama semasa penentuan sepakan penalti untuk perlawanan akhir dan berjaya menyempurnakan tugas tersebut.

[AdSense-B]

3- MOHAMMAD AMER SAIDEN – JDTII

Menjadi pilihan kedua coach Ong Kim Swee untuk posisi pertahanan tengah.

4- FADHLI SHAS – JDT

Menjadi pilihan utama coach Ong Kim Swee untuk posisi pertahanan tengah. Fadhli ditugaskan menjadi penendang keempat semasa penentuan sepakan penalti untuk perlawanan akhir dan berjaya menyempurnakan tugas tersebut.

5- IRFAN FAZAIL – JDTII

Menjadi pilihan utama coach Ong Kim Swee untuk posisi tengah. Bermain di perlawanan akhir sehingga tamat 30 minit masa tambahan.

[AdSense-B]

6- NAZMI FAIZ – JDT

Menjadi pilihan kedua coach Ong Kim Swee untuk posisi tengah. Bermain sebagai pemain gantian di perlawanan akhir dan dimasukan pada minit ke-78.

7- MOHD FANDI OTHMAN – JDTII (loan ke MELAKA UTD)

Menjadi pilihan kedua coach Ong Kim Swee untuk posisi tengah. Bermain sebagai pemain gantian di perlawanan akhir dan dimasukan pada minit ke-99. Fandi ditugaskan menjadi penendang kedua semasa penentuan sepakan penalti untuk perlawanan akhir dan berjaya menyempurnakan tugas tersebut.

8- SYAHRUL AZWARI IBRAHIM – JDTII

Menjadi pilihan kedua coach Ong Kim Swee untuk posisi penyerang. Namun begitu, Syahrul Azwari berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Indonesia dalam peringkat kumpulan dan melayakan Malaysia ke separuh akhri.

[AdSense-B]

VIDEO PENENTUAN SEPAKAN PENALTI

HARAPAN KAMI

Adakah selepas berakhirnya Sukan SEA edisi 2017 ini akan kita saksikan penambahan nama-nama pemain yang akan berkelana di Johor. Sama-sama kita nantikan

Penulis menyeru bersama-sama kita memberi sokongan padu untuk pasukan bola sepak Malaysia supaya mereka berjaya mengulangi kejayaan 2011.

Baca juga: Safawi, Syazwan dan Haziq Terpilih Dalam Senarai Akhir 20 Pemain Skuad Projek Sukan SEA 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: